
JELAJAH
KERJAYA
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KERJAYA

DEFINISI KERJAYA
Tolbert(1994) mendefinisikan kerjaya sebagai satu rangkaian melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjanghidupnya sementara individu lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan.
Kerjaya merujuk kepada pekerjaan, pengalaman, dan pencapaian seseorang dalam bidang pekerjaan atau profesion. Kerjaya juga mencakupi perkembangan dan kemajuan dalam kerjaya seseorang sepanjang masa, termasuk pendidikan, pengalaman kerja, pencapaian, dan perkembangan profesional yang dicapai dalam kehidupan seseorang. Dalam konteks yang lebih umum, kerjaya merujuk kepada laluan atau perjalanan pekerjaan individu tersebut sepanjang hayat mereka.
DEFINISI BIMBINGAN KERJAYA
Bimbingan kerjaya merupakan satu proses di mana individu mendapatkan nasihat, panduan, dan maklumat yang berkaitan dengan perkembangan dan pengurusan kerjaya mereka. Ia bertujuan untuk membantu individu membuat keputusan yang lebih baik berkenaan pilihan pekerjaan, pendidikan, atau latihan yang sesuai dengan minat, bakat, dan matlamat kerjaya yang mereka hendaki.
Bimbingan kerjaya boleh melibatkan sesi perbincangan dengan kaunselor kerjaya, ujian personaliti atau minat, penilaian kemahiran, dan sumber maklumat mengenai peluang pekerjaan dan pasaran kerja. Ia membantu individu menjelajah pelbagai pilihan kerjaya dan membuat keputusan yang lebih mendalam dan berasaskan fakta tentang arah kerjaya mereka.
Kaunseling kerjaya merupakan proses membantu individu dalam memahami dan menguruskan perkembangan kerjaya mereka diantara seorang kaunselor dan klien dalam sesi kaunseling kerjaya. Ini melibatkan pertukaran maklumat, penilaian minat dan kebolehan, serta bimbingan yang bertujuan membantu individu klien membuat keputusan yang lebih baik berkenaan pilihan kerjaya dan perkembangan profesional mereka. Seorang kaunselor berperanan sebagai sumber maklumat dan pembimbing. Mereka membantu individu klien dalam menentukan kerjaya yang mereka gemari dengan menilai minat dan kebolehan, menyediakan maklumat-maklumat kerjaya, menentukan matlamat kerjaya, dan membantu klien membuat keputusan menyelesaikan masalah kerjaya.
DEFINISI KAUNSELING KERJAYA

KEPERLUAN TERHADAP KAUNSELING KERJAYA
Kaunselor perlu mempunyai kemahiran bukan sahaja dalam kaunseling kerjaya malahan juga dalam kaunseling individu. Seorang kaunselor hendaklah cakna dan komited dalam membantu individu yang mempunyai kecelaruan dalam memilih kerjaya masing-masing. Sebanyak 84% (undicided) boleh membuat pemilihan dengan baik jika diberikan bantuan. Kajian terkini juga menunujukkan bahawa kesihatan mental adalah berkaitan dengan isu kerjaya, Kaunselor perlulah mengenalpasti masalah klien sebelum sesi kaunseling kerjaya dapat dimulakan. Tambahan pula, Jenis pekerjaan yang dipilih atau diceburi haruslah memberi peluang kepadanya untuk menampilkan diri yang terbaik, dapat melakukan kerja dengan mahir dan cekap, berpeluang melahirkan daya kreativiti, dapat mengembangkan potensi, dapat membentuk sikap iltizam terhadap kerja dan akhirnya mendapatkan kepuasan daripada kerja yang dilakukan oleh individu tersebut.

KEPENTINGAN KAUNSELING KERJAYA
-
KESEDARAN DIRI; Klien perlu mempunyai kesedaran tentang dirinya sendiri, kehendak atau keinginan dalam hidupnya, kekuatan, kegemaran, minat atau kebencian peribadi. Oleh itu, mudah bagi pelajar untuk membina pengetahuan diri dan mempunyai identiti keperibadian yang positif yang akan membantunya membuat keputusan kerjaya seumur hidupnya supaya lebih berkesan dan bermanfaat.
-
KESEDARAN EKONOMI; Klien diharapkan supaya lebih jelas dan faham akan perhubungan antara ekonomi peribadi, gaya hidup dan juga pekerjaan. Ini penting supaya pelajar menyedari.atau mengerti bahawa hidup memerlukan usaha bagi mengisi setiap sudut keperluan dalam kehidupan. Maka pekerjaan merupakan antara salah satu usaha yang dapat memenuhi dan mengisi keperluan hidup tersebut.
-
KESEDARAN PENDIDIKAN; Klien diharapkan dapat mengenali kepentingan asas kemahiran perkembangan dan penguasaan kandungan pengetahuan untuk mencapai sesuatu matlamat kerjaya. Kesedaran terhadap pendidikan yang di peroleh dapat membekalkan mereka dengan pengetahuan untuk membolehkan mereka melaksanakan pekerjaan dengan baik.
-
KESEDARAN KERJAYA; Klien diharapkan dapat mengerti dan memahami bahawa perkembangan kerjaya termasuk dalam kemajuan pendidikan, pengalaman kerja, kefahaman terhadap pelbagai jenis pekerjaan dan kaitannya dengan kehidupan manusia mengikut peringkat-peringkat tertentu.
-
SIKAP DAN APRESIASI; Klien dapat membentuk satu sistem nilai dalaman yang menyertakan sama penilaiannya terhadap kerjaya peribadi dan juga peranannya sebagaimana sebagaimana anggapan dan pemikiran orang lain. Apresiasi terhadap peranan kerjaya peribadi seseorang akan mendorongnya lebih bersikap aktif dan mampu memberi prestasi yang memuaskan bukan sahaja dalam kerjayanya malah juga kehidupan bermasyarakatnya.
-
PENGAMBILAN KEPUTUSAN; Selepas pelajar dibekalkan dengan pelbagai input/maklumat lengkap berkaitan setiap prospek keperluan kerjaya, maka, ini akan memudahkan mereka membuat penilaian dan keputusan yang lebih tepat dan dapat memuaskan hati selaras dengan kehendak diri mereka.